Wednesday, December 1, 2010

Hatiku... :(

Di keheningan malam yang sunyi,
ku termenung sendirian mengingatkan dosa2 lampau yang telah ku lakukan.
dikhianat kawan sendiri,
difitnah,dianiayai
dan ditinggalkan.

Hatiku sedih, tiada siapa peduli,
Ku menangis dalam kegembiraan,
Kesedihan yang ku alami ku sorokkan dari semua orang.
Tidak akan ku tunjukkan perasaan atau wajah ku yang berduka
di kala kawan2 bergembira.

Hatiku kesunyian, bukan kerana cinta
tetapi mungkin kerana kesilapanku yang telah ku lakukan.
Inginku luahkan segala-galanya kepada kawan2
namun, ku yakin, tiada sesiapa yang boleh membantu
kecuali Allah s.w.t.

Hatiku terasa bersalah, terpaksa mengecewakan seorang insan
Ku tahu dikau mahukanku
namun, ku memohon sejuta kemaafan dan,
berharap dikau akan bahagia disamping orang yang mengasihi dikau.

Hatiku kegembiraan,dan amat bersyukur
sesuatu yang ku inginkan selama ni menjadi kenyataan,
terima kasih Ya Allah kerana
menganugerahkan kebahagiaan ini.
Semoga ia kekal buat selamanya.
Insya Allah~


No comments:

Post a Comment