Thursday, December 16, 2010

:: Duhai Hati ::

Buat hati ini, jua hati-hati yang belayar di samudera cinta...

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah al 'Adzim...Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaih...

Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa. Pelbagai dosa.Yang tersirat, mahupun yang tersurat.Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja.Kian lama, kian parah...

Dan kini, kesannya mula terasa. Diri kian lalai. Fikiran sering memikirkan perkara-perkara yang lagha.Semuanya berpunca dari hati.. :( hmm..

Benarlah sabda Nabi,"Dlm diri manusia ada seketul darah, bila baik ia,maka baiklah seluruh (anggota badan),bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),ketahuilah, itulah HATI.."

Dunia remaja, dunia yang sering memberi begitu banyak ujian pada hati. Dan ujian terberat, yang amat sukar ditangani. Dan tak dapat lari dari diri remaja ialah,ujian cinta...

Ujian inilah yang sudah banyak menumbangkan pemuda-pemuda yang asalnya hidup berlandaskan Islam,mengikut sepenuh ajaran Islam,tapi akhirnya hanyut, hanyut & terus hanyut. Hinggalah terjunam ke dalam lembah yang amat hina. Na'udzubillah...

"Janganlah kamu mendekati zina,Sesungguhnya ia adalah perkara yang terkutuk dan jalan yang keji"Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....Kerana semua ini adalah perkara-perkara yang mendekati zinaatau jalan yang menuju ke lembah zina...Maka, hindarilah...!!

Rasanya, sudah cukup setakat ini aku memulakan langkah ke alam yang tak sepatutnya aku lalui ini. Berfantasi, berimaginasi dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Cinta itu memang FITRAH, namun bila gagal mengawalnya,maka itu yang jadi PARAH...Insya' Allah, bila tiba masanya nanti, cinta itu akan bertaut juga. Jodoh tak ke mana, kerana segalanya sudah ditakdirkan-Nya...

"Aku tak ada hak untuk mengasihi dia,Dan dia tiada hak untuk mengasihi aku,
Aku tak ada hak untuk merindui dia,Dan dia tiada hak untuk merindui aku,
Aku tak berhak untuk berada di hatinya,Dan dia tak berhak untuk berada di hatiku...
Kerana HAK itu hanya milik pasangannya yg SAH...!!"

Cuba kita fikirkan,

Kalau lah orang yang kita suka itu bukan pasangan yang ditakdirkan untuk kita,Maka sebenarnya kita dah mengambil hak isteri atau suami orang yang kita suka itu. Dan orang yang mengambil hak orang lain adalah orang yang zalim...
Dan kalau lah isteri atau suami orang yang kita suka itu tahuyang kita pernah suka kat suami atau isteri depa,mesti depa rasa lain macam dengan kita kan? Kadang-kadang mungkin boleh menimbulkan ketidakpuashatian,ataupun yang lebih bahaya boleh menimbulkan fitnah kepada kita dan dia. Na'udzubillah...
Cinta sebelum nikah itu cinta yang tak bermakna. Cinta tanpa asas yang kukuh untuk dipegang. Cinta yang perit...Kerana tatkala hati kian diambung gelora cinta,namun anggota tak bisa melakukan apa-apa. Syariat tetap membataskan. Hati perlu dijaga, anggota badan perlu dijaga. Maruah, nama keluarga. Dan yang paling penting panji Islam itu, yang sangat perlu dipelihara. Jadi, mengapa perlu menyeksa jiwa tatkala jasad tak bisa melakukan apa-apa....??Buang masa....

"Tiada cara lain untuk mengawal syahwat,selain mengadu dan mendekatkan diri kpd Allahdan rasa takut dgn azabNya,"

 
Bila diri kian jauh dari Allah,maka makin mudah la syaitan nak perangkap kita dengan muslihatnya. Bagi yang belajar agama,perkara-perkara yang mengundang dosa pun boleh diislamikkan (kononnya...),macam couple islamik, dan lain-lain. Ini lah tipu daya dan muslihat syaitan. Jadi, kenangkan azab Allah bila kita terfikir untuk melakukan kemungkaran,lagi-lagi yang berlandaskan syahwat. Insya' Allah, kalau kita benar-benar orang yang beriman,kita tak akan berani melakukan kemungkaran itu...

Allah itu yang mencipta kita, mencipta dia. DIAlah yang mengawal segala-galanya. Membolehkan sesuatu yang tak boleh,dan menggagalkan sesuatu yang sepatutnya berhasil. Hanya DIA yang berkuasa atas segalaNya...

Jadi.... Mintalah segala-galanya kepadaNya. Allah berfirman, "Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu,"Tapi, makbul atau tidak itu soal kedua. Apa-apa pun, kita cuma berserah kepadaNya. Kalau dimakbulkan, Alhamdulillah. Kalau tak, insya' Allah,Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta...

Allah itu lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Jadi, bila kita terima apa-apa, redha dan pasrah...Kerana orang yang beriman ituYakin Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik untuknya....

Tentang perasaan ini, memang susah nak hilang. Tapi, kita akan lupa bila kita mendekati Allah .Bila hati ini khusyuk mengingatiNya. Lupakan lah segala cinta tak bermakna tu...Layarkan hati menyusuri cinta seagungnya, cinta kepada Tuhan semesta alam. Jua cinta kepada Rasul petunjuk seluruh umat. Itu yang sebaiknya, itu yang seharusnya.

"Hidup ini perlu realistik. Laksanakan apa yang sudah ada di depan mata,bukan memikirkan sesuatu yang tidak pasti akan datang dalam hidup kita.."Sebagai pelajar Muslim, anak soleh (insya' Allah..), abang atau kakak. Laksanakan dulu segala kewajipan ini. Baru lah fikir nak jadi suami atau isteri mithali pula... (ehem3...)

Ops, ok.. Cukup setakat ini luahan hati yang sekian lama terbungkam di sanubari. Moga bukan saja memberi manfaat buat diriku, jua bermanfaat buat semua hendaknya. Wallahu a'lam. Mohon pembetulan andai tersalah kata... 


p/s: aku xmampu mghadapinyer Ya Allah. Cinta oh Cinta !!

Wednesday, December 1, 2010

Hatiku... :(

Di keheningan malam yang sunyi,
ku termenung sendirian mengingatkan dosa2 lampau yang telah ku lakukan.
dikhianat kawan sendiri,
difitnah,dianiayai
dan ditinggalkan.

Hatiku sedih, tiada siapa peduli,
Ku menangis dalam kegembiraan,
Kesedihan yang ku alami ku sorokkan dari semua orang.
Tidak akan ku tunjukkan perasaan atau wajah ku yang berduka
di kala kawan2 bergembira.

Hatiku kesunyian, bukan kerana cinta
tetapi mungkin kerana kesilapanku yang telah ku lakukan.
Inginku luahkan segala-galanya kepada kawan2
namun, ku yakin, tiada sesiapa yang boleh membantu
kecuali Allah s.w.t.

Hatiku terasa bersalah, terpaksa mengecewakan seorang insan
Ku tahu dikau mahukanku
namun, ku memohon sejuta kemaafan dan,
berharap dikau akan bahagia disamping orang yang mengasihi dikau.

Hatiku kegembiraan,dan amat bersyukur
sesuatu yang ku inginkan selama ni menjadi kenyataan,
terima kasih Ya Allah kerana
menganugerahkan kebahagiaan ini.
Semoga ia kekal buat selamanya.
Insya Allah~


~Demi Cinta Suci~

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Monday, November 15, 2010

Cinta itu indah???

Assalamualaikum..

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

       Setelah ape yg ana lampirkan diatas tentang cinta, ana ingin bertrus terang yang ana juga prnah merasakan cinta. Cinta memang  mudah dan untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
 

"Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kita kepadanya."

Walaubagaimanapun, kehadiran insan istimewa seperti yang pernah ana sebutkan telah membuka hati ana tentang cinta. Atas nasihat ikhlas darinya, ana tau apa makna cinta sebenar~

Disini ana lampirkan pesanan yg disampaikannya untuk ana time ana betul2 keliru tentang cinta. 




Assalamualaikum....


"CINTA ITU INDAH TAPI...."
"CINTA ANTARA LELAKI DAN WANITA SEBELUM NIKAH ADALAH HARAM"

Dari seorang ulama' katanya:" jelasnya keharaman tentang cinta antara lelaki dan wanita sebelum nikah itu adalah lebih jelas berbanding matahari di siang hari"

Firman ALLAH :"Janganlah engkau menghampiri ZINA"

Perkongsian:

Indahnya Cinta
Ustaz pahrol

Ketika aku tersadar di dalam keindahan cinta , aku terlempar dari atas angan ku sendiri…
aku tersadar betapa aku telah jauh membiarkan hati ku berzina dengan perasaan sendiri terhadap seseorang yang telah mengganggap aku sebagai “kekasih” nya??

Tidak Tuhan..tidak…
aku telah berdosa..aku membiarkan hati ku terkotori oleh perasaan yang tak seharusnya aku izinkan masuk kedalam relung hatiku..

Tak bisa aku terus membiarkan hati ku ini terus2 menuai dosa dari indahnya pesan-pesan”cinta” dari dia..tak seharusnya aku berkata “aku sayang kamu” kepada dia yang bukan siapa-siapa..
Tak seharusnya aku memikirkan dirinya yang “belum tentu memikirkan” diriku?
Dan tak seharusnya dia terus memikirkan diriku yang masih belum hak kepada dirinya… sehingga timbul lah perasaan sayang..dan cinta…

Bukankah lebih indah ketika kita rasa cinta yang kita miliki sebesar cinta kita kepada “kekasih” kita alihkan rasa cinta itu kepada Allah dzat yang mahasempurna..?Subbhanallah

Terkadang ketika kita terbelenggu “cinta” maka seakan dunia hanya milik aku dan dirinya.. tak ada ruang kosong untuk semesta alam lain..termasuk kepada allah tuhan kita dzat yang menciptakan kita ..Astagfirullahaladzim..tidak rabb…ampuni aku…hapuslah rasa “cinta” ini hapuslah…

Dan ALLAHU AKBAR… Allah membuka mata hati ku sebelum semua terlambat..sebelum rasa “cinta” dan rasa “sayang” yang tak seharus nya itu kian menebal ..Allah membuka hati ku untuk kembali ke jalan Allah…

Untuk kembali ke konsentrasi ku kembali ke alam sadar setelah selama 2 bulan aku terhipnotis bermain2 dengan “cinta” yang haram..dengan cinta yang tak seharus nya muncul..



Dan ketika rasaku yang semakin besar..semakin dalam kepada dirinya dan aku makin mengutuki dirinya..karena tak mengerti cara nya menjaga hati ..semakin lama aku terlarut dengan perasaanku dan dirinya…semakin hati kecil ku menjerit untuk mengatakan …bahwa perasaan ini salah… perasaan “cinta” ini tak seharusnya ada di dalam hati ku.. tak seharus nya ada…

telah 2 bulan aku terus mencoba melogika kan “cinta” yang kurasa...berat..sakit…kecewa..
dia merasakannya...dan aku…tentu juga…lebih dalam…rasa sakit ku


Tetapi Allah telah merebut hati ku kembali untuk menjadi hamba yang taat dan tak lagi keluar dari jalan yang telah Allah tunjukkan..

Dan cintaku harus berakhir di akhir pesan

“maaf kan aku… terima kasih telah memberikan ku rasa cinta ini “

Hati ku basah menahan deraian air mata..kesedihan..karena harus mengecewakan dirinya..dan air mata bahagia karena kelegaan membebaskan hati yang terbelenggu…dan bibirku tersenyum untuk perpisahan.

“Selamat tinggal cinta…”ya Allah..aku ikhlas melepaskannya..
melepaskan “cinta” yang belum tepat pada waktunya..

Ya Allah…puji syukur ku kepadamu yang tak membiarkan ku terjerembab kepada “cinta” fana itu…
Ampunilah aku Allah karena telah menorehkan luka kecewa terhapad diri nya yang menyuguhkan cinta kepadaku…

Cintailah dirinya yang mencintai ku..
dengan cintamu…sadarkan lah ia..bahwa tak akan pernah meraih kebahagiaan tanpa ridho dari-MU yang Rabb..


AIN : HAYATI APA YANG AKAK HANTAR NI.... FIKIRKAN DAN RENUNGKAN YE DIK....


TAJUK : KAMI TAK BERZINA

Kami tidak berzina!

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Itu kawan baik saya sahaja...
Kawan baik pun tetap tidak terkecuali daripada larangan Allah. Setiap pergaulan ada batasnya. Kawan sejenis kamu tidak adakah? Lihat... kamu sendiri yang sengaja mengadakan alasan untuk membolehkannya. Ramai lagi kaum sejenis kamu yang boleh dijadikan teman berbual dan berbincang.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum... adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini, ya. Esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita jika dibandingka dengan adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalaman nya banyak. Dia ada seribu satu cara. Ingat pesanan Rasulullah saw : “Tidaklah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali syaitan adalah yang ketiganya.” Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon, sms, dan chatting sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul, itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun, desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan berhenti begitu sahaja. Percayalah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu akan boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat seseorang dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga adalah zina. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan seseorang seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah saw: “ Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya dengan menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya dengan berjalan (nenuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ciuman.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nakkan keberkatan. Kalau kita cemerlang sekali pun, tapi tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagilah. Jangan berselindung di sebalik ilmu yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah mengikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi sebegini akan ditulis sebagai ibadat oleh malaikat Raqib dan ‘Atid? Jangan-jangan sekejap sahaja bincang pelajaran. Yang lain tu, banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh bincang pelajaran!
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat? Ingat, kita bukan malaikat – tak bernafsu. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kita sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi
Tidak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar. Sudah habiskah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Ingat, ramai orang cemerlang hanya belajar dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat keberkatan dan rahmat pula.

Takkan tak da ruang langsung yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian dari kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tidak normal namanya. Islam datang bukan membunuh naluri dan keinginan itu seperti yang dilakukan oleh para paderi dan sami. Jangan menafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Tidak salah atau berdosa perasaan itu datang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri ini agar patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.

Tentu ada cinta dalam Islam.
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara tentu ia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin atau melarang daripada zina maka sebagai ganti yang lebih baik ialah perkahwinan. Sabda Rasulullah saw: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai melainkan nikah.” (Riwayat Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. Usah cemarkannya dengan zina. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya. kalau lelaki dan perempuan bertemu tentunya perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian mengatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan, jalan sama-sama. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual-bual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab dan berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam kahwin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta sebegini adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang telah bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan bersih putih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya menjauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi, manusia itu tidak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah menceritakan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah menegah Adam dan Hawa daripada memakan buah Khuldi di dalam syurga manakala buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan manusia dan berpesan kepada Adam dan Hawa agar tidak mendekati pohon Khuldi tersebut. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta janganlah kamu menghampiri pohon ini (Khuldi), (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan tergolong daripada orang-orang yang zalim.” (Al-A’raf: 19) Tegahan di dalam ayat ini ialah memakan buah Khuldi. Allah mengetahui kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka melakukannya kerana tidak dapat mengawal diri. Demikianlah juga dengan zina. Allah menegah zina maka jalan yang menuju ke arah zina juga dilarang. Takut bila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kitaAdam dan Hawa.

Tetapi bercinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tidak kenal pasangan secara dekat. Bercinta untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan pura-pura. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk anda akan ada yang memujuk. Lepas kahwin jangan harap akan ada yang memujuk. Ramai yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar, sabar menunggu berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit sudah kena tengking. Jadi, perwatakan dalm bercinta tidak boleh dipercayai. Ia hanya satu kepuraan dan hipokrit.

Percayalah. Kami bercinta demi merancang kabahagiaan hidup nanti.
Bagaimana mengharap bahagia jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan dan Allah akan menganugerahkannya. Bagaimana untuk mendapatkan kebahagiaan itu seandainya jalan untuk mencapainya tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang mendapat redha Allah ialah redha selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga bahagia jika awal-awal lagi kita sudah pun canggung. Bagaimana pula kesydahannya?

Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta...
Semua itu perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya sama sahaja. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat dan abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya ‘angkat-mengangkat’ ini sebenarnya telah masuk ke perangkap syaitan. Cuma tunggu masa hendak dikorbankan. Namakanlah apa jua sekalipun, kakak angkat ke, adik angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalannya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta itu telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum berkahwin, akan mengatakan bahawa orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak bermaruah adalah ditentukan oleh Allah swt.

Bagaimana dengan tunang saya? Saya berhak ke atasnya.
Baguslah kalau sudah bertunang. Tapi tali pertunangan pun masih belum menghalalkan pergaulan. Bertunang hukumnya tetap sama dengan orang yang belum berkahwin. Bukankah ada beza antara pertunangan dan perkahwinan? Kamu juga tahu apa bezanya bukan? Hak? Selagi kamu tidak berkahwin kamu tiada hak ke atasnya. Hak memiliki hanya akan berlaku setelah diijabkabulkan.

Kami telah berjanji sehidup semati!
Apa ada pada janji-janji cinta? Berapa banyak sudah janji-janji cinta yang musnah? Lelaki? Jangan harap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu sepah dibuang. Pepatah ini sering diulang-ulang kerana sudah sah kebenarannya.

Si dia lain dari yang lain. Si dia seorang lelaki penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu kepada anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok-seronok, bersuka-suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan lelaki. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada lelaki yang normal suka pada yang ‘second hand’ sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka pula menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; macam pakai dan tukar baju, bila-bila saja boleh tukar-tukar. Kalau tak nak boleh buang atau beri orang lain. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Firman Allah swt: “ Sesungguhnya para lelaki dan wanita yang beragama Islam, yang beriman, yang tetap dalam ketaatan, yang benar, yang sabar, yang khusyuk kepada Allah, yang bersedekah, yang berpuasa, yang memelihara kemaluan mereka (kehormatan) dan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 35)

Tapi kami...
Sudah! Cukuplah dengan alasan yang sengaja kamu reka untuk meneruskan apa yang kamu inginkan. Memang sikap manusia suka membuat perkara yang dilarang Allah. Sentiasa mencari jalan untuk membolehkan dia menurut hawa nafsu dan perasaan gelora walaupun sudah jelas nyata hukumnya. Kenapa masih berdegil dan mencari perkara yang buruk. Allah sediakan jalan yang baik kenapa jalan keji juga yang diikut? Sedarlah sahabat, syaitan sedang mengaburi mata kamu ke arah perkara dunia sementara ini dan sentiasa menggoda kamu ke arah perkara yang menyeronokkan.

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Beerdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapatkan redha-Nya. Ada dua, sama ada mahu PUTUS atau KAHWIN. Itu sahaja penyelesaian untuk masalah ini. Sabda Rasulullah saw: “Wahai para pemuda, seandainya kamu berkemampuan maka kahwinlah. Kalau kamu tidak berkemampuan maka berpuasalah kerana ia adalah perisai, memelihara kemaluan dan menundukkan pandangan.”

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benar taubat. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Meninggalkan perbuatan maksiat tersebut. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini atau kahwin terus.
Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yang menjurus ke arah penzinaan.
Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama suami atau isteri. Saatnya adalah selepas diijabkabulkan.

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ya Allah bantulah kami. Kini kami datang mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami dan berilah kami pasangan yang terbaik serta zuriat yang soleh dan solehah...

***
Sahabat-sahabat yang ku sayangi,dunia ini memang penuh dengan nikmat-nikmat dan hiasan–hiasan yang mengasyikkan dan mampu membuatkan kita tenggelam di dalam nikmat dunia. Allah telah memberikan kita panduan untuk memilih perhiasan dunia mana yang mana kita perlu ambil.

Ada yang berbentuk tipu daya dan ada yang sebenarnya. Kita mahu yang tipu daya? Betapa rugi dan bodohnya kita memilih perkara yang dimurkai oleh Allah dan perkara-perkara ahli neraka. Perkara-perkara yang baik yang mendapat redha-Nya kita tinggalkan.

Di mana keberkatan hidup yang hendak kita perolehi.Kita mahu hidup bahagia tapi cara kita tidak mengundang bahagia bahkan kemusnahan hidup yang akan kita rasa.

Cinta adalah di antara lelaki dan perempuan adalah lumrah tetapi ia mesti mengikut aturan dan syarak. Apa bezenya cara kita dengan orang kafir? Cara kita mengikut batasan agama dan cara mereka tiada batasan bagi nafsu. Mereka mengikut sahaja apa kata nafsu dan perasaan mereka yang menggila.

Saya menasihati sahabat-sahabat agar meningkatkan rasa taqwa kita kepada Allah. Perbaikilah diri agar menjadi insan yang hidupnya diberkati oleh Allah swt. Memang perkara-perkara buruk itu indah-indah belaka sehingga mampu melalaikan kita manakala perkara-perkara baik itu pahit dan sukar untuk melakukannya. Ini kerana syurga itu manis dan jalan untuk mendapatkannya sangat sukar dan pedih. Bersabarlah..

Selidiki kesilapan yang kita lakukan dan tanyalah diri; adakah perkara yang aku lakukan ini bertepatan dengan agama atau tidak? Adakah aku melanggar tatasusila dan adab di dalam muamalah sesama manusia? Adakah perbuatanku ini mendapat redha dan rahmat Allah? Adakah aku hanya mengikut nafsu dan ilmu cetek diriku ini atau kata Allah yang aku ikuti?

Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah Taala dan kekuatan untuk bermujahadah serta mendapat keredaan di dalam hidup ini. Pohonlah pada Allah agar dijauhkan dari segala perkara yang boleh membawa kepada zina atau hubungan yang tidak diredhai oleh Allah Taala.


P/S : SEMOGA SEDIKIT PERKONGSIAN INI MAMPU MEMBIMBING DIRI KE ARAH YANG LEBIH BAIK....
MEMANG WANITA ITU JIKA KITA CANTIK, BAIK, BIJAK, RAMAI LELAKI YANG DATANG, TERPIKAT DAN SEBAGAINYA....
NAMUN,SEBAGAI HAMBA ALLAH, KITA MESTI SEDAR APA YANG ALLAH SURUH DAN APA YANG ALLAH LARANG....
MESTI JELAS.....  "COUPLE ITU HARAM"
NAK BERKAWAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN PUN KENA JAGA BATAS...
ADA ADAB-ADABNYA... BERADA DI UNIVERSITI NI MEMANG BANYAK CABARAN...
TERUTAMA AIN SEBAGAI REMAJA YANG BARU MENGENALI ALAM UNIVERSITI....
APA PUN LETAK CINTA PADA ALLAH ITU SEBAGAI YANG PERTAMA...
ITU LEBIH UTAMA...
FOKUS PADA PELAJARAN DULU...
SEBAB SEBELUM KITA DICIPTAKAN OLEH ALLAH,
TELAH TERTULIS OLEH ALLAH DI LAUZ MAHFUZ TENTANG TAKDIR KITA
....JODOH KITA....
ALLAH DAH TETAPKAN...
TUGAS KITA ADALAH MEMPERBAIKI DIRI, MENJADI LEBIH BAIK, UNTUK KITA BERSEDIA
MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MENCIPTA GENERASI MUTAKKHIR YANG HEBAT
"ANAK-ANAK GENERASI AKHIR ZAMAN YANG HEBAT"

KERANA:
FIRMANNYA"
"TIDAK ALLAH CIPTAKAN MANUSIA DAN JIN ITU MELAINKAN 2 PERKARA IAITU
UNTUK MENGABDIKAN DIRI PADA ALLAH DAN SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI"

"SAY NO TO COUPLE"

min : pencintaALLAH
visit my blog: www.bintisumayyah.blogspot.com
syukran...
ukhuwwah fillah abadan abada
bercinta kita kerana Allah....
insyaAllah..
semoge gembira selalu adikku... (......................)

INGAT PESAN AKAK : JANGAN COUPLE
"WANITA SOLEHAH ITU LEBIH MAHAL DARI SEGALANYA.... PERHIASAN DUNIA TERINDAH"
JADILAH HAMBA ALLAH YANG HEBAT
INSYAALLAH LELAKI YANG "BERIMAN"
JUA KAN MENJADI MILIKMU...

"WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK,
LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK,
DAN BEGITULAH SEBALIKNYA....."





p/s: insya Allah~
 

Thursday, November 11, 2010

PESANAN BUAT PUTERIKU SAYANG…..

Puteriku,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gerang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai puteriku…

Puteriku,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasihmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Manampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

Puteriku sayang,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur di rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan berglar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus hatimu wahai puteriku


Tidak puteriku,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
Untuk keluarga dan suami
Bukn hanya menjadi payung
Mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Jangn biarkan bangsamu terus menjadi lesu
Ayuhlah puteri persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang

Puteriku,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya tiada istilah srikandi jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Buahkan rahim lembutmu yang
Mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
Mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah puteriku….
Kau mampu berganding menjadi
Benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal penciptamu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa









Wednesday, November 10, 2010

~Malu Seorang Wanita~

         Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan
hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.


p/s:malu seorang wanita amat berharga untuk jadi wanita solehah. insya ALLAH. :)

Tuesday, November 9, 2010

♥...CiNtA...♥

Duhai sahabat...
CINTA itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KE
TAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KE
IMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan
ILMU...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang
CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot
TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan
ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang
CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
 
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA......