Thursday, November 11, 2010

PESANAN BUAT PUTERIKU SAYANG…..

Puteriku,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gerang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai puteriku…

Puteriku,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasihmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Manampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

Puteriku sayang,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur di rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan berglar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus hatimu wahai puteriku


Tidak puteriku,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
Untuk keluarga dan suami
Bukn hanya menjadi payung
Mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Jangn biarkan bangsamu terus menjadi lesu
Ayuhlah puteri persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang

Puteriku,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya tiada istilah srikandi jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Buahkan rahim lembutmu yang
Mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
Mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah puteriku….
Kau mampu berganding menjadi
Benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal penciptamu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa









No comments:

Post a Comment