Monday, November 8, 2010

WANITA SOLEHAH....

 'Seindah hiasan dunia adalah WANITA SOLEHAH'. semua ingin jadi macam tu kan?? samalah macam ana. dah lama teringin jadi wanita yang betul2 solehah namun, masih  tidak mampu. kehadiran insan yang namanya cukup unik iaitu kak syazwani telah mengubah sedikit hidup ana.dia telah banyak memberi nasihat dan kata2 perangsang kepada ana. di sini ana postkan pesanannya dan diharapkan menjadi teladan buat kita semua. insya Allah. :)                 


Assalamualaikum...

Sesungguhnya bidadari itu ada di dunia...
Wahai Muslimahku, Tahukah dikau?



Wahai Muslimah ku tahukah dikau….
 
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,  
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai
Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau..
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……
InsyaAllah…..

 


 


Buat adikku Ain, jadilah seorang wanita solehah, kerana wanita solehah itu adalah sebaik-baik perhiasan dunia, dan wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Salam ukhuwwah fillah abadan abada, muhasabah diri, jaga diri, jaga iman, jaga akidah, sentiasa mujahadah, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis....
salam sayang buat adikku Zur ain.




No comments:

Post a Comment